Followers

BLOG UNDER CONSTRUCTION

Blog masih lagi dibawah proses pertukangan, disebabkan kekangan waktu dan kesibukan menguruskan kelas dan juga penghantaran pesanan, insyallah bila berkesempatan Qies akan cuba memasukkan gambar2 khususnya berkaitan dengan kelas solekan dan juga gambar2 hasil solekan. Maaf diatas kesulitan dan kekurangan diblog ini.

Sticky Post*please scrool down for new updates yaaa*

1111 Give Away Qiesserra
Pengunjung Bertuah yang ke-1111 bakal menerima Hadiah Misteri dari Le Touche De Naqies. Manakala 2 pelanggan yang membuat pembelian RM150 keatas akan mendapat hadiah percuma dari Qies sempena pembukaan Le Touche De Naqies.

Pengunjung ke 1111 hendaklah save/print screen page yang memaparkan Hit Counter yang tertera 1111 dan emailkan ke:

La Touche De Naqies

Selamat berkunjung dan berbelanja....HIT COUNTER TELAH PUN MELEPASI ANGKA 1111 tetapi setakat ini Qies tidak menerima sebarang email untuk claim hadiah Pengunjung Bertuah, andai kata anda orang yang dimaksudkan sila emialkan print screen yang tertera angka 1111 kepada Qies secepat mungkin. Sekiranya tiada yang dalam masa 2 minggu ini, Qies akan buat ANGKA BERTUAH YANG BARU iaitu 2222.

Wednesday, April 20, 2011

Gelagat dan Aksi Kelas Asas Solekan

Assalammualaikum semua, ok hari ni baru berkesempatan nak upload gambar masa kelas makeup tapi tak leh semua laa, Qies buat mana yang dan, masa sangat2 mencemburui ku.  Tak banyak gambar yang bole dikongsikan since peserta2 semua bertudung jadinye gambar in action tu memang Qies tak letak sebabkan menghormati peserta yang bertudung, harap kengkawan paham...


sesi tayang barang masing2.."aku pakai yg ni"
"ooo aku pun pakai tp brand lain" haha..
bukan dialog sebenar ye kengkawan hehe
sesi demo menggunakan Kryolan
Peserta kali ni memang zero knowledge pasal2 makeup, diaorg bagitau cuma pakai pelembab spf, bedak dan lipstik aje, ada gak yang ada barangan makeup tapi tak tau cara penggunaan yang betul, jadinye bila pakai cam tak jadi aje...jadi hari ni Alhamdulliah setelah diberi penerangan step by step dan 100% praktikal yang dilakukan oleh mereka sendiri...ni lah hasilnya, diaorg request tuk diajar buat makeup yang natural look dan makeup yg sesuai tuk ke office aje, tapi Qies ajar juga laa tuk dinner makeup atleast depa tau dah camne cara2nye..

Walaupun pada permulaan kelas memasing takut nak apply kryolan dan juga naturactor sebab nampak tebal, masa apply pun dah takut2 hehe...tp lepas dah snap 2-3 keping gambar bagi tengok baru depa caya "e'eh nampak ok aje, cam natural aje, baru nampak seri idak laa pucat aje hehe"

Qies lebih suka kepada makeup2 yang lebih kepada natural look dan tak terlalu over sesuai untuk bersantai2 dan juga ke pejabat atau pun kenduri kendara, ada org mungkin suka yang betul2 merubah wajah, tapi bagi Qies tak perlu merubah wajah cukup sekadar cantik dimata, camera dan yang penting jangan sampai cik abe tak kenal dah isteri2 diaorg hahaha, makeover lebih sesuai sewaktu menghadiri event2 atau majlis makan malam berkonsepkan tema yang ditetapkan. 
Yati Sebelum
Yati selepas..mmg Yati request tuk buat Natural look
sebab masih kekok lagi utk bermekap over2 katanye
 
comey itah ni...manis aje orgnye
pemilihan kaler eyeshodaw Itah mmg cantik, ijau, coklat
dan highlight light yellow, cuma sebab Itah buat laju2
sgt so ada comot2 sikit, tapi tak pe bole diperbaiki lagi.
.
Has aka tuan tanah, dia punya request lg best..
aku nak buat 2 teknik sekali gus, mata kanan lain
mata kiri lain bole tak? nak xpress katanye..
sabo aje laa tuan rumah ni, tgk tu blending
mata belah kiri dah cantik dah tapi belah kanan
tu mmg harus!! diperbaiki, alasan dia "alah aku
nak cepat laa  lenkali aku buat cantik2" sabo aje laa
 
Ju walaupun senyap aje tapi cekap, Ju memang suka
makeup tapi tak reti katanya,,gigih datang belajar tengah2 sarat nie
haa comel dah...cuma tang kening aje
tak kemas lagi..x pe banyak masa lagi kan Ju 
Ina pun cepat gak belajar..
suka tengok kaler eyeshadow Ina...
sesi bergambar selepas tamat kelas...x menahan tgk
gaya tuan rumah haha..memang lawak laa Has nie..

Apa2 pun memang enjoy laa ngan korang syabas buat korang2 yang zero knowledge diakhir kelas dah kenal produk dan cara2 makeup yg betul , walaupun pada hari tu ada 2 orang yang terpaksa last minit cancel sbb tetiba dipanggil meeting dan sorang lagi tak dapat cuti, tapi insyallah akan dibuat sekali lagi ditempat yang sama pada 7hb May 2011. Bagi yang berminat bole hubungi Qies di talian 017-9330285

1 comment:

hasz yusof said...

LAWAK SEBAB ADA YG TERSEMBUL KUAR KAN..HAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...