Followers

BLOG UNDER CONSTRUCTION

Blog masih lagi dibawah proses pertukangan, disebabkan kekangan waktu dan kesibukan menguruskan kelas dan juga penghantaran pesanan, insyallah bila berkesempatan Qies akan cuba memasukkan gambar2 khususnya berkaitan dengan kelas solekan dan juga gambar2 hasil solekan. Maaf diatas kesulitan dan kekurangan diblog ini.

Sticky Post*please scrool down for new updates yaaa*

1111 Give Away Qiesserra
Pengunjung Bertuah yang ke-1111 bakal menerima Hadiah Misteri dari Le Touche De Naqies. Manakala 2 pelanggan yang membuat pembelian RM150 keatas akan mendapat hadiah percuma dari Qies sempena pembukaan Le Touche De Naqies.

Pengunjung ke 1111 hendaklah save/print screen page yang memaparkan Hit Counter yang tertera 1111 dan emailkan ke:

La Touche De Naqies

Selamat berkunjung dan berbelanja....HIT COUNTER TELAH PUN MELEPASI ANGKA 1111 tetapi setakat ini Qies tidak menerima sebarang email untuk claim hadiah Pengunjung Bertuah, andai kata anda orang yang dimaksudkan sila emialkan print screen yang tertera angka 1111 kepada Qies secepat mungkin. Sekiranya tiada yang dalam masa 2 minggu ini, Qies akan buat ANGKA BERTUAH YANG BARU iaitu 2222.

Wednesday, April 20, 2011

Kelas Asas Solekan April & May 2011

Kelas Asas Solekan kembali lagi atas permintaan ramai....bagi yang terlepas sesi2 yang sebelum nie, apa tunggu lagi penyertaan setiap sesi terhad, ye kengkawan...1st come 1st serve hokey.....

Tarikh : 23 April 2011
Waktu : 10.00 pagi 
Tempat : Pasir Mas, Kelantan
(alamat hanya diberikan kepada peserta yang telah berdaftar sahaja)

Tarikh : 1 May 2011
Waktu : 10.00 pagi 
Tempat : Kuantan, Pahang
(alamat hanya diberikan kepada peserta yang telah berdaftar sahaja)

Kelas dijalankan dalam kumpulan yang kecil bagi memudahkan peserta memahami langkah demi langkah cara-cara solekan yang betul dan sesuai mengikut bentuk muka. Jangan malu dan segan untuk bertanya sepanjang sesi pembelajaran.

Sebarang pertanyaan dan tempahan sesi bole dibuat secara ym/email/call : Qies / 017-9330285

p/s : email sila letak subjek "Kelas Asas Solekan" supaya email tak termasuk ke spam email ye..

Jumpa disana yaaa.....

Gelagat dan Aksi Kelas Asas Solekan

Assalammualaikum semua, ok hari ni baru berkesempatan nak upload gambar masa kelas makeup tapi tak leh semua laa, Qies buat mana yang dan, masa sangat2 mencemburui ku.  Tak banyak gambar yang bole dikongsikan since peserta2 semua bertudung jadinye gambar in action tu memang Qies tak letak sebabkan menghormati peserta yang bertudung, harap kengkawan paham...

sesi tayang barang masing2.."aku pakai yg ni"
"ooo aku pun pakai tp brand lain" haha..
bukan dialog sebenar ye kengkawan hehe
sesi demo menggunakan Kryolan
Peserta kali ni memang zero knowledge pasal2 makeup, diaorg bagitau cuma pakai pelembab spf, bedak dan lipstik aje, ada gak yang ada barangan makeup tapi tak tau cara penggunaan yang betul, jadinye bila pakai cam tak jadi aje...jadi hari ni Alhamdulliah setelah diberi penerangan step by step dan 100% praktikal yang dilakukan oleh mereka sendiri...ni lah hasilnya, diaorg request tuk diajar buat makeup yang natural look dan makeup yg sesuai tuk ke office aje, tapi Qies ajar juga laa tuk dinner makeup atleast depa tau dah camne cara2nye..

Walaupun pada permulaan kelas memasing takut nak apply kryolan dan juga naturactor sebab nampak tebal, masa apply pun dah takut2 hehe...tp lepas dah snap 2-3 keping gambar bagi tengok baru depa caya "e'eh nampak ok aje, cam natural aje, baru nampak seri idak laa pucat aje hehe"

Qies lebih suka kepada makeup2 yang lebih kepada natural look dan tak terlalu over sesuai untuk bersantai2 dan juga ke pejabat atau pun kenduri kendara, ada org mungkin suka yang betul2 merubah wajah, tapi bagi Qies tak perlu merubah wajah cukup sekadar cantik dimata, camera dan yang penting jangan sampai cik abe tak kenal dah isteri2 diaorg hahaha, makeover lebih sesuai sewaktu menghadiri event2 atau majlis makan malam berkonsepkan tema yang ditetapkan. 
Yati Sebelum
Yati selepas..mmg Yati request tuk buat Natural look
sebab masih kekok lagi utk bermekap over2 katanye
 
comey itah ni...manis aje orgnye
pemilihan kaler eyeshodaw Itah mmg cantik, ijau, coklat
dan highlight light yellow, cuma sebab Itah buat laju2
sgt so ada comot2 sikit, tapi tak pe bole diperbaiki lagi.
.
Has aka tuan tanah, dia punya request lg best..
aku nak buat 2 teknik sekali gus, mata kanan lain
mata kiri lain bole tak? nak xpress katanye..
sabo aje laa tuan rumah ni, tgk tu blending
mata belah kiri dah cantik dah tapi belah kanan
tu mmg harus!! diperbaiki, alasan dia "alah aku
nak cepat laa  lenkali aku buat cantik2" sabo aje laa
 
Ju walaupun senyap aje tapi cekap, Ju memang suka
makeup tapi tak reti katanya,,gigih datang belajar tengah2 sarat nie
haa comel dah...cuma tang kening aje
tak kemas lagi..x pe banyak masa lagi kan Ju 
Ina pun cepat gak belajar..
suka tengok kaler eyeshadow Ina...
sesi bergambar selepas tamat kelas...x menahan tgk
gaya tuan rumah haha..memang lawak laa Has nie..

Apa2 pun memang enjoy laa ngan korang syabas buat korang2 yang zero knowledge diakhir kelas dah kenal produk dan cara2 makeup yg betul , walaupun pada hari tu ada 2 orang yang terpaksa last minit cancel sbb tetiba dipanggil meeting dan sorang lagi tak dapat cuti, tapi insyallah akan dibuat sekali lagi ditempat yang sama pada 7hb May 2011. Bagi yang berminat bole hubungi Qies di talian 017-9330285

Wednesday, April 13, 2011

Tutorial Pink/Dark Purple

Tutorial yang ke-2, harap2 dapat buat banyak lagi, insyallah.  Selamat mencuba.  Oh ya kepada peserta kelas last week nanti Qies post sijil yaaa, harap bersabar....

sapu highlight light purple ataupun light pink...
2nd Layer sapu dengan dark pink
buat V terbalik menggunakan warna hitam matt
blendingkan warna hitam tadi dengan warna puple
bagi mendapatkan warna dark purple
blend sehingga garisan diantara warna dark pink n purple tidak kelihatan
bentukkan kening menggunakan eyeshadow berwarna dark brown (matt)
dengan angle brush bagi mendapatkan bentuk kening kelihatan
lebih natural dan tidak seperti dilukis
 
calitkan eyeliner warna putih dikawasan waterline
hasilnya...(sila abaikan bulu mata yang hampir tercabut itu hehe..
dah tgh malam tp gigih membuat tutorial ), Selamat mencuba...
Nantikan next tutorial foundation menggunakan kryolan/dermacos dan juga Naturactor.....

Tuesday, April 12, 2011

Ready Stock Naturactor

Naturactor RM40
Syarat2 & Terma

1.  Tempahan awal diperlukan memandangkan kuantiti stok sangat terhad. Deposit 50% diperlukan bagi setiap tempahan yang dibuat. 

2. Tiada pemulangan deposit bagi sebarang pembatalan tempahan disaat akhir.

3. Semasa tempahan sila nyatakan kod barangan, harga dan kuantiti yang diperlukan dan emailkan ke La Touche De Naqies, Subject : PRE ORDER MAKEUP

4. Jangan membuat sebarang pembayaran sehingga pihak kami mengeluarkan invois keatas tempahan yang telah dibuat.

5. Harga yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran.

6. Kami tidak bertanggungjawab keatas setiap barangan yang rosak ketika melalui proses penghantaran, walaubagaimana pun kami akan memastikan setiap barangan yang akan dipos mempunyai pembungkusan yang tidak akan menjejaskan barangan.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pihak kami secara ym/email atau ditalian 017-9330285. 

Pre Order Makeup

Pre Order Makeup
Blusher Palette RM80
Lipstick Palette Rm80
Blusher/Shading & Highlight Palatte RM70

Pre Order Eyeshadow Palette 

18 colours eyeshadow 
Shading/blusher & eyeshadow pallate
48 eyeshadow pallete
40 colours Eyeshadow Pallate 
18 colours eyeshadow pallate 
Syarat2 & Terma
1.  Tempahan awal diperlukan memandangkan kuantiti stok sangat terhad. Deposit 50% diperlukan bagi setiap tempahan yang dibuat. 

2. Tiada pemulangan deposit bagi sebarang pembatalan tempahan disaat akhir.

3. Semasa tempahan sila nyatakan kod barangan, harga dan kuantiti yang diperlukan dan emailkan ke La Touche De Naqies, Subject : PRE ORDER MAKEUP

4. Jangan membuat sebarang pembayaran sehingga pihak kami mengeluarkan invois keatas tempahan yang telah dibuat.

5. Harga yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran.

6. Kami tidak bertanggungjawab keatas setiap barangan yang rosak ketika melalui proses penghantaran, walaubagaimana pun kami akan memastikan setiap barangan yang akan dipos mempunyai pembungkusan yang tidak akan menjejaskan barangan.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pihak kami secara ym/email atau ditalian 017-9330285. 

Friday, April 1, 2011

Kelas Asas Solekan April 2011

Kelas Asas Solekan kembali lagi atas permintaan ramai....bagi yang terlepas sesi2 yang sebelum nie, apa tunggu lagi penyertaan setiap sesi terhad, ye kengkawan...1st come 1st serve hokey.....

Tarikh : 9 April 2011
Waktu : 9.00 pagi (Sesi A) & 2.30 ptg (Sesi B)
Tempat : Putra Heights, Subang Jaya
(alamat hanya diberikan kepada peserta yang telah berdaftar sahaja)

Kelas dijalankan dalam kumpulan yang kecil bagi memudahkan peserta memahami langkah demi langkah cara-cara solekan yang betul dan sesuai mengikut bentuk muka. Jangan malu dan segan untuk bertanya sepanjang sesi pembelajaran.

Sebarang pertanyaan dan tempahan sesi bole dibuat secara ym/email/call : Qies / 017-9330285

p/s : email sila letak subjek "Kelas Asas Solekan" supaya email tak termasuk ke spam email ye..

Jumpa disana yaaa.....

Natural Look - Golden Brown

First time buat tutorial makeup ni, kalo ada terkurang minta maaf yaa, kalo mana yang tak faham boleh Tanya Qies yaa...insyallah Qies jawab yaa.... Ari ni Qies buat tutorial (re DO punya yaa berpandu pada gambar yang ada) tuk mata ‘Natural Look – Gold dan Dark Brown, cam gambar kat bawah ni, sesuai tuk keluar bersantai2 atau pun ke pejabat/kenduri kendara hehehe...
time ni tak pakai fake eyelash cuma mascara aje..
Pastikan wajah telah pun disapu moisturiser, foundation dan bedak yaaa.. (yg ni nanti next entry Qies buat tutorial mengunakkan kryolan dan dermacos yaa). Jom layan Tutorial kat bawah ni...selamat mencuba...
sapukan eyebase dan highlight keselurhan mata
Kalo tak de eyebase, terus sapa highligth pun bole, cuma kalo guna eyebase eyeshadow akan lebih bertahan lama laa....
Sapukan Warna Gold pada separuh kelopak mata
then sapukan light brown diatas warna gold tadi sapu
dengan menggunakan teknik dab (iaitudengan
menepuk perlahan2 berus eyeshadow ke kelopak mata)
sorry warna eyeshadow tak berapa clear sangat disebabkan lighthing... 
Sapukan warna dark brown dipenjuru mata cam
kat dlm gambar tu menggunakan angle brush
kemudian blend (kemaskan) warna dark brown supaya garisan
sempadan antara warna gold dan dark brown tidak ketara kelihatan
(gunakan blending brush tuk mendapatkan hasil blending yang cantik )
sapukan eyeliner diatas dan disebahagian bawah mata dan smudgekan mengunakkan angle brush atau cotton bud pun bole
kalo tak nak smudgekan pun tak pe cuma mata akan nampak cam garang/tajam sikit (pada pandangan mata Qies laa ye) tapi kalo dismuddgekan mata akan nampak lembut gitu..
hasilnya...Gold & Dark Brown, then calitkan gel eyeliner dan
pakai fake eyelash tapi kalo tak nak boleh aje guna maskara
 
tutorial Gold/Dark brown cam gambar no. 4
(sila abaikan mata sebelah kanan yg berwarna soft pink itu hehe),
 Qies buat 2 tutorial sekali gus jimatkan masa hehehe..
Ni antara barangan yang Qies pakai tuk buat tutorial nie
Foundation/concealer dari Kryolan dan Dermacos
A - kod 092, B - kod 4W, C - kod Chinese, D - Ivory
(highlight), E - D3 1/2.5, F - D32 & Fixing Poweder
Untuk tutorial ni Qies gunakan barangan Kryolan, tapi tuk makeup santai atau hari2 biasa Qies lebih suka gunakan base dari BB cream/ liquid foundation. Kryolan lebih sesuai digunakan sewaktu Event, Shows, Solekan bertunang dan nikah, untuk solekan hari2 cukup memadai BB Cream/liquid foundation.
eyeshadow & blusher pallate dari cosway,
barangan murah tak semestinya tak cantik bila digunakan
 yang penting cara dan teknik bila menggunakkan nya...
dari kiri : highlight/shading (Chamildo), eyeshadow hitam matt
 (Elianto)blusher pallate (Dienmy), fake eyelash /glue,
 lipstick gloss (Farmasi)
Eyeshadow pallet (Chamildo)
Lipstick pallet (Daeni)
berus yang digunakan dari kiri : powder brush, blusher brush,
fan brush, blending brush, eyeshadow brush & angle brush

sebelah kanan dari atas : eyeliner putih
(tuk tutorial pink/dark purple), eyeliner black dan lipliner
blending brush
Selamat mencuba yaa...terkurang cara minta maaf yaa...ni cara, cara orang lain mungkin berbeza, apa pun caranya yang penting sedap mata memandang, betul tak?...betul2..(sila ikut gaya upin & ipin) hehehe...

Next tutorial Pink/Dark Purple
pink/purle
Jumpa lagi nanti....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...